Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Profail - Piagam PelangganProfail - Piagam Pelanggan

1. Kertas siasatan akan disemakteliti dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh penerimaan kertas siasatan.

2. Tugas-tugas penggubalan dan penyemakan undang-undang akan dibuat dalam tempoh empat puluh hari (40) bekerja setelah isu berkaitan perundangan dan dasar diselesaikan.

3. Memberi nasihat undang-undang dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan mengikut peruntukan dalam Perintah Am.

4. Menyemak dan menggubal instrumen dan dokumen termasuk perjanjian dan memorandum persefahaman dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap, namun tertakluk kepada kerumitan sesuatu instrumen tersebut.

5. Memulakan prosiding undang-undang bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak atau agensi-agensi kerajaan dalam tempoh lapan (8) minggu setelah menerima dokumen yang lengkap dari jabatan pelanggan.