Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 26 Jun 2017
Versi 8.0.2
Profail - ObjektifProfail - Objektif

 

Memberi nasihat undang-undang dan juga input kepada kerajaan Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk mewujudkan arahan dasar agar mencapai keputusan yang adil dan selaras dengan undang-undang.

Mewakili Kerajaan Negeri, pegawai awam dan agensi-agensi Kerajaan Negeri di dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

Menyediakan undang-undang sama ada utama mahupun subsidiari untuk pelaksanaan dasar, objektif kerajaan dan untuk menambah baik pentadbiran kerajaan.

Mengusaha dan melancarkan penterjemahan segala Undang-Undang Negeri ke dalam Bahasa Malaysia mengikut kehendak negara bagi memajukan penggunaan Bahasa Malaysia dalam bidang undang-undang.

Mengemaskini dan menyemak segala Undang-Undang Negeri selaras dengan keadaan sosio-ekonomi semasa di dalam Negeri.

Menyenggara pusat sumber undang-undang bagi membekal dan memastikan maklumat dan bahan rujukan perundangan termasuk Undang-Undang Negeri dan Persekutuan yang diguna pakai di negeri ini serta kes-kes yang telah diputuskan adalah mencukupi dan terkini.