Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Profail - FungsiProfail - Fungsi

I Nasihat

 Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak memberikan perkhidmatan nasihat dan pendapat Undang-Undang yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri serta agensi-agensinya, bantuan undang-undang di dalam pelaksanaan projek dan keputusan kerajaan termasuk perkara yang berkenaan dengan penswastaan serta pengkorporatan agensi dan badan kerajaan dan pembangunan tanah di bawah Hak Adat Bumiputera dan juga perkara berkenaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

II Pengubalan

 Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak menggubal segala perundangan dan perundangan subsidiari serta kontrak kerajaan.  Selain dari itu, ia juga memainkan peranan aktif di dalam mengemaskini dan penyemakan undang-undang untuk memastikan undang-undang sedia ada adalah seiringan dengan perubahan ekonomi, sosial dan juga bidang politik.  Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menterjemah undang-undang  yang sedia ada ke dalam Bahasa Malaysia dan untuk mencetak semula dan menguruskan penyuntingan Warta Kerajaan Sarawak (Bahagian I hingga IV).

III Litigasi dan Timbangtara

 Peguam Besar Negeri dan Pegawai Undang-Undang mewakili pihak Kerajaan di dalam Mahkamah dan juga dalam kes-kes timbangtara.  Tindakan undang-undang akan dimulakan oleh Peguam Besar Negeri atau Pegawai Undang-Undang bagi pihak kerajaan atau mana-mana pegawai awam negeri yang menyaman bagi pihak Kerajaan.  Peguam Besar Negeri atau Pegawai Undang-Undang juga adalah merupakan peguambela bagi pihak kerajaan ataupun mana-mana pegawai awam negeri yang terlibat di dalam tindakan mahkamah ataupun timbangtara.

IV Penguatkuasaan Undang-Undang

 Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak berfungsi sebagai agen untuk menguatkuasakan undang-undang Negeri Sarawak.  Central Enforcement Agency telah ditubuhkan untuk menjalankan tugas penyiasatan terutama yang melibatkan kes-kes pendakwaan di Mahkamah.  Dalam pada itu, agensi ini juga menyelia dan memantaukan serta melatih Pegawai Penguatkuasa Kerajaan Negeri dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dengan lebih efektif.  Selain itu, agensi ini juga menyediakan garis panduan dan nasihat untuk tujuan pencegahan.

V Kawalan am ke atas profesion guaman di Sarawak

 Di bawah Peraturan Peguambela (Jawatankuasa Siasatan) 1988, Peguam Besar Negeri akan dimaklumkan mengenai tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Siasatan, dan boleh mengarahkan Jawatankuasa Siasatan meneruskan tindakan ke atas mana-mana aduan yang dibuat terhadap peguambela di Sarawak.  Peguam Besar Negeri juga diberikan hak untuk menerima Petisyen termasuk seseorang untuk didaftakan sebagai seorang peguam di Sarawak dan juga boleh membantah Petisyen tersebut jika seseorang itu tidak memenuhi syarat kelayakan untuk didaftarkan.