8 Feb 2024 - Kunjungan Hormat ke atas Peguam Negara
Posted on 08 Feb 2024
Source of News: SAGC
Pada 8 Februari 2024 (Khamis), YA Datu Saferi bin Ali, Peguam Besar Negeri telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara di pejabat beliau di Putrajaya. Hadir bersama adalah YBhg. Dato' Normazli binti Abdul Rahim, Ketua Bahagian Penasihat, YBhg. Dato Sri JC Fong, Penasihat Undang-Undang Sarawak dan beberapa pegawai daripada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak dan Jabatan Peguam Negara.