7 Sept 2023- Majlis Serah Terima Tugas Peguam Besar Negeri
Posted on 08 Sep 2023
Source of News: SAGC
Pada 7 September 2023 telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Peguam Besar Negeri di antara YBhg. Dato Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid dan YA Datu Saferi bin Ali telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Majlis ini disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kewangan Sarawak, YBhg. Dato Sri Dr. Hj. Wan Lizozman bin Wan Omar, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, dan beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri.